BORANG SOAL SELIDIK

KAJIAN TINDAKAN PINTAR 2026

Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Alat Digital dalam Pengurusan PSS

Tujuan Soal Selidik

Soal selidik ini bertujuan untuk menilai tahap kemahiran Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam penggunaan alat digital bagi pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Dapatan soal selidik ini akan digunakan sebagai data kajian tindakan PINTAR yang dijalankan oleh Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam.

Maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja. Kerjasama anda amat dihargai.

Dibangunkan oleh: USTP PPDSB | 2025

BAHAGIAN A: MAKLUMAT RESPONDEN

Sila lengkapkan maklumat di bawah dengan tepat.

tahun

BAHAGIAN B: TAHAP KEMAHIRAN DIGITAL DALAM PENGURUSAN PSS

Sila tandakan pada skala yang paling menggambarkan tahap kemahiran anda bagi setiap item di bawah.

1 = Kurang Mahir (KM)  |  2 = Sederhana (S)  |  3 = Mahir (M)  |  4 = Sangat Mahir (SM)

Unit 1: Asas Digital PSS — Google Workspace

b1

Saya berkemahiran menggunakan Google Drive untuk menyimpan dan mengurus dokumen PSS secara digital.

b2

Saya berkemahiran menggunakan Google Forms untuk mencipta borang rekod penggunaan PSS dan pinjaman bahan.

b3

Saya berkemahiran menggunakan Google Sheets untuk menganalisis data penggunaan PSS dan pinjaman bahan.

Unit 2: NILAM Digital — Platform DELIMa

b4

Saya berkemahiran menggunakan platform DELIMa (AINS) untuk merekod bacaan murid dalam program NILAM.

b5

Saya berkemahiran menganalisis dan mengeluarkan laporan pencapaian bintang NILAM menggunakan DELIMa (AINS).

Unit 3: Promosi Digital PSS

b6

Saya berkemahiran menggunakan Facebook/Instagram/TikTok/Whatsapp/Telegram/Threads untuk mempromosikan aktiviti dan program PSS.

b7

Saya berkemahiran menggunakan Canva/NotebookLM/Copilot/CapCut/Flow untuk mereka bentuk bahan promosi digital PSS.

Unit 4: Literasi Maklumat Digital

b8

Saya berkemahiran menggunakan DELIMa sebagai platform literasi maklumat dan literasi digital untuk murid.

b9

Saya berkemahiran menghasilkan bahan digital PSS (infografik, video pendek, bahan pembelajaran digital).

b10

Saya berkemahiran mengintegrasikan alat digital secara menyeluruh dalam pengurusan harian PSS.

BAHAGIAN C: MAKLUM BALAS TERBUKA

(Sila nyatakan cadangan anda dengan jelas. Tiada jawapan betul atau salah.)

Terima Kasih Atas Kerjasama Anda — Maklum balas anda sangat bernilai untuk penambahbaikan Modul PINTAR dan perkhidmatan PSS di Daerah Sabak Bernam.